Tuesday, April 29, 2014

scorpio

Scorpio

Buruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur.


Jika anda lihat, buruj ini kelihatan seperti huruf J yang sedang terbaring.

Sagittarius

Malam seterusnya aku jengok lagi ke luar jendela. Alhamdulillah dpat jumpa jugak tapi gmbaq x clear so aku cari kputusan untuk search google ja..haha

KATEGORI:

BURUJ

SINGKATAN:
SGR

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SAGITTARIUS TERLETAK DI -12O SELATAN DAN -45O SELATAN SERTA 17h45m DAN 20h30m. BURUJ SAGITTARIUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +55O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SAGITTARIUS MEMPUNYAI KELUASAN 876 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 15 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SAGITTARIUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CAPRICORNUS DAN BURUJ MICROSCOPIUM
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CORONA AUSTRALIS, BURUJ INDUS DAN BURUJ TELESCOPIUM
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ OPHIUCHUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AQUILA, BURUJ SCUTUM DAN BURUJ SERPENS CAUDA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS:
~  BINTANG NU MERUPAKAN SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +10.80. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 97O. "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.5".
~  BINTANG RHO1 DAN BINTANG RHO2 YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY). KOMPANI B BERMAGNITUD +8.3; P.A PADA 58O DAN SEP PADA 23.4". MANAKALA, KOMPANI C BERMAGNITUD +8.6; P.A PADA 137O DENGAN SEP PADA 24". KEDUA-DUA BNTANG INI MEMBENTUK 'SEGITIGA' (TRIANGLE) DENGAN BINTANG h2866.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SAGITTARIUS.
~  BINTANG UPSILON DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG UPSILON BERUBAH DARI +4.58 KE +4.61 DALAM JANGKA MASA 137.9 HARI.
~  BINTANG R SAGITTARII ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE +12.80 DALAM JANGKA MASA 269.284 HARI. IA DIKATEGORIKAN DALAM "MIRA TYPE VARIABLE".
~  BINTANG W SAGITTARII DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DENGAN PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.30 KE +5.10 SETIAP 7.6 HARI.
~  BINTANG X SAGITTARII DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DENGAN PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.20 KE +4.90 SETIAP 7 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ SAGITTARIUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SAGITTARIUS MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M8 ATAU NGC6523 ADALAH SEBUAH NEBULA 'DIFFUSE' YANG AMAT MENARIK. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "LAGOON NEBULA". M8 DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. M8 BERMAGNITUD +5.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.00. SATU JALUR HITAM (DARK LANE) MEMISAHKAN NEBULA INI KEPADA DUA BAHAGIAN.



~  NGC6530 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) TERLETAK DI SEBELAH TIMUR M8. NGC6530 BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +10.22.



~  M17 ATAU NGC6618 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SWAN NEBULA" ATAU "THE OMEGA NEBULA". KADANG-KADANG IA JUGA DIPANGGIL "THE HORSESHOE NEBULA". M17 MENYERUPAI 'EKOR KOMET'. M17 BERMAGNITUD +6.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M18 ATAU NGC6613 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 20 BIJI BINTANG. M18 BERMAGNITUD +6.90 DAN KECERAHAN +12.00.



~  M20 ATAU NGC6514 JUGA DIPANGGIL "THE TRIPID NEBULA" AGAK MENARIK DENGAN TIGA JALUR HITAM (DARK LANES). M20 BERMAGNITUD +6.20 DENGAN KECERAHAN +13.00. 



~  M21 ATAU NGC6531 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG KURANG MENARIK DAN IA TERLETAK DI BARAT-LAUT M20. M21 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M22 ATAU NGC6656 IALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN 500 BIJI BINTANG MEMBENTUK KLUSTER INI. M22 BERMAGNITUD +5.10 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M23 ATAU NGC6494 IALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENAKJUBKAN DENGAN 120 BIJI BINTANG DALAM KLUSTER INI. M23 MEMPUNYAI MAGNITUD +5.50 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M24 ADALAH 'AWAN BINTANG' (STAR CLOUD) YANG CERAH DAN MENGANDUNGI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) NGC6603. M24 BERMAGNITUD +3.10 DENGAN KECERAHAN +4.30. M24 DIKATALOGKAN SEBAGAI 'IC4715'.



~  M25 IALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG CERAH TETAPI KURANG MENARIK. M25 BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. M25 JUGA DIKATALOGKAN SEBAGAI 'IC4725'.



~  M28 ATAU NGC6626 ADALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG KURANG MENARIK SEPERTI MANA M22. M28 BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M54 ATAU NGC6715 IALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK SUKAR UNTUK DICERAP. M54 BERMAGNITUD +7.70 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M55 ATAU NGC6809 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) TETAPI KURANG 'BERPUSAT' (CONCENTRATED) SEPERTI M22. M55 BERMAGNITUD +7.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M69 ATAU NGC6637 ADALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG KURANG MENARIK DENGAN MAGNITUD +7.70 DAN KECERAHAN +11.00.



~  M70 ATAU NGC6681 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG JUGA TIDAK MENARIK. M70 BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M75 ATAU NGC6864 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KABUR (FAINTEST) DALAM BURUJ SAGITTARIUS. M75 BERMAGNITUD +8.60 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  NGC6822 ATAU "BARNARD'S GALAXY" MERUPAKAN GALAKSI YANG KABUR (FAINT) YANG DIKATAGORIKAN SEBAGAI 'IRREGULAR DWARF GALAXY' (GALAKSI KERDIL). NGC6822 BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +14.50.



Big Dipper

X dinafikan, beruntung aku malam nie aku terjumpa lagi satu bentuk buruj iaitu Buruj Biduk atau nama lain Big Dipper. Meh aku tunjuk lagu mana bentuk dia noh

Biduk (Big Dipper)

Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.

Bagi yang sudah tidak ingat bagaimana rupa buruj biduk yang kita belajar di darjah 5 dahulu, ianya kelihatan seperti ini...
Apabila digariskan ianya jadi seperti ini.











Buruj pari di Langit yang malam

Masok malam ke-2 aku mengintai ke luar jendela untuk melihat kalau2 aku  terjumpa buruj lain. Nak menengok dengan mata kepla sendiri katanya. Asyik2 tengok dalam google ja nak jugak aku lihat dgn mata aku nie kan? Sapa x mau lihat keindahan bintang di langit pada malam hari kan.

AKHIRNYAA..punya pulun dok mencari jumpa jugak bentuk Pari. Wahhhh! memang cantik kod dengan ditemani meow di sebelah..hehe :D Series talk memang mudah nk cari buruj Pari berbanding dengan buruj lain. So klau korang berksempatan carik la sendiri yea. ^^V



                                             Nah! amek tengok sendiri. Cantek noh :D


Sejujurnya, aku memang snap pkai camera fon tapi apakan daya, fon murah katakan picture pecah2, x cantek beb! so dengan bangganya aku search google cari picture buruj pari nie. haha, mungkin x sama pari yg aku lihat mlm tadi tapi begini la rupanya klau korang nk tau.

Buruj Pari nie ad makna tersendiri iaitu:

Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi. Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi .Buruj ini  boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.
Assalamualikum dan selamat sejahtera ;)

Alhamdulillah hari ini terlintas dalam kepala otak aku nk create mengenai bintang di langit. Tiap malam aku akn melihat ke langit untuk mencari bentuk bintang. susah beb! naik juling mata aku mencarinya.Dalam sibok mencari aku kelebek dalam fon untuk mencari makna2 bentuk bintang dan aku terjumpa satu statement makna bentuk bintang buruj.

Dalam hadis ini Rasulullah mengibaratkan para sahabat seperti bintang di langit. Sesiapa yang mengikuti para sahabat Rasulullah maka tidak akan sesat.

Jika di kaji hadis ini, terdapat sesuatu yang ingin disampaikan oleh Rasulullah. Terdapat perkaitan antara bintang dan sesat iaitu berkaitan dengan arah. Bintang di langit itu sebenarnya menunjukkan arah kepada manusia samada utara, selatan, timur atau barat. Pada zaman dahulu, pelayar2 di lautan mengunakan buruj (gugusan bintang yang menunjukkan arah) untuk menentukan arah pelayaran mereka. Ini amat bertepatan dengan hadis Rasulullah ini bahawa para sahabat yang diibaratkan sebagai bintang di langit sekiranya diikuti maka kita tidak akan sesat. Subhanallah...~



.Nama bentuk bintang nie belantik. Buruj ni boleh menetukan arah kiblat. Buruj ni paling senang nak jumpa. Hehe. N then mna tau silap hari bulan korang sesat nk tau arah kiblat pandai2 la carik kt langit mna tau ada bentuk bintang nie ka. haha, Pandai2 la cari yea.








~SekiaN~