Tuesday, April 29, 2014

Sagittarius

Malam seterusnya aku jengok lagi ke luar jendela. Alhamdulillah dpat jumpa jugak tapi gmbaq x clear so aku cari kputusan untuk search google ja..haha

KATEGORI:

BURUJ

SINGKATAN:
SGR

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SAGITTARIUS TERLETAK DI -12O SELATAN DAN -45O SELATAN SERTA 17h45m DAN 20h30m. BURUJ SAGITTARIUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +55O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SAGITTARIUS MEMPUNYAI KELUASAN 876 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 15 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SAGITTARIUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CAPRICORNUS DAN BURUJ MICROSCOPIUM
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CORONA AUSTRALIS, BURUJ INDUS DAN BURUJ TELESCOPIUM
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ OPHIUCHUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AQUILA, BURUJ SCUTUM DAN BURUJ SERPENS CAUDA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS:
~  BINTANG NU MERUPAKAN SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +10.80. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 97O. "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.5".
~  BINTANG RHO1 DAN BINTANG RHO2 YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY). KOMPANI B BERMAGNITUD +8.3; P.A PADA 58O DAN SEP PADA 23.4". MANAKALA, KOMPANI C BERMAGNITUD +8.6; P.A PADA 137O DENGAN SEP PADA 24". KEDUA-DUA BNTANG INI MEMBENTUK 'SEGITIGA' (TRIANGLE) DENGAN BINTANG h2866.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SAGITTARIUS.
~  BINTANG UPSILON DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG UPSILON BERUBAH DARI +4.58 KE +4.61 DALAM JANGKA MASA 137.9 HARI.
~  BINTANG R SAGITTARII ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE +12.80 DALAM JANGKA MASA 269.284 HARI. IA DIKATEGORIKAN DALAM "MIRA TYPE VARIABLE".
~  BINTANG W SAGITTARII DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DENGAN PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.30 KE +5.10 SETIAP 7.6 HARI.
~  BINTANG X SAGITTARII DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DENGAN PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.20 KE +4.90 SETIAP 7 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ SAGITTARIUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SAGITTARIUS MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M8 ATAU NGC6523 ADALAH SEBUAH NEBULA 'DIFFUSE' YANG AMAT MENARIK. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "LAGOON NEBULA". M8 DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. M8 BERMAGNITUD +5.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.00. SATU JALUR HITAM (DARK LANE) MEMISAHKAN NEBULA INI KEPADA DUA BAHAGIAN.



~  NGC6530 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) TERLETAK DI SEBELAH TIMUR M8. NGC6530 BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +10.22.



~  M17 ATAU NGC6618 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SWAN NEBULA" ATAU "THE OMEGA NEBULA". KADANG-KADANG IA JUGA DIPANGGIL "THE HORSESHOE NEBULA". M17 MENYERUPAI 'EKOR KOMET'. M17 BERMAGNITUD +6.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M18 ATAU NGC6613 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 20 BIJI BINTANG. M18 BERMAGNITUD +6.90 DAN KECERAHAN +12.00.



~  M20 ATAU NGC6514 JUGA DIPANGGIL "THE TRIPID NEBULA" AGAK MENARIK DENGAN TIGA JALUR HITAM (DARK LANES). M20 BERMAGNITUD +6.20 DENGAN KECERAHAN +13.00. 



~  M21 ATAU NGC6531 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG KURANG MENARIK DAN IA TERLETAK DI BARAT-LAUT M20. M21 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M22 ATAU NGC6656 IALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN 500 BIJI BINTANG MEMBENTUK KLUSTER INI. M22 BERMAGNITUD +5.10 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M23 ATAU NGC6494 IALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENAKJUBKAN DENGAN 120 BIJI BINTANG DALAM KLUSTER INI. M23 MEMPUNYAI MAGNITUD +5.50 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M24 ADALAH 'AWAN BINTANG' (STAR CLOUD) YANG CERAH DAN MENGANDUNGI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) NGC6603. M24 BERMAGNITUD +3.10 DENGAN KECERAHAN +4.30. M24 DIKATALOGKAN SEBAGAI 'IC4715'.



~  M25 IALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG CERAH TETAPI KURANG MENARIK. M25 BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. M25 JUGA DIKATALOGKAN SEBAGAI 'IC4725'.



~  M28 ATAU NGC6626 ADALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG KURANG MENARIK SEPERTI MANA M22. M28 BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M54 ATAU NGC6715 IALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK SUKAR UNTUK DICERAP. M54 BERMAGNITUD +7.70 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M55 ATAU NGC6809 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) TETAPI KURANG 'BERPUSAT' (CONCENTRATED) SEPERTI M22. M55 BERMAGNITUD +7.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M69 ATAU NGC6637 ADALAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG KURANG MENARIK DENGAN MAGNITUD +7.70 DAN KECERAHAN +11.00.



~  M70 ATAU NGC6681 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG JUGA TIDAK MENARIK. M70 BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  M75 ATAU NGC6864 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KABUR (FAINTEST) DALAM BURUJ SAGITTARIUS. M75 BERMAGNITUD +8.60 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  NGC6822 ATAU "BARNARD'S GALAXY" MERUPAKAN GALAKSI YANG KABUR (FAINT) YANG DIKATAGORIKAN SEBAGAI 'IRREGULAR DWARF GALAXY' (GALAKSI KERDIL). NGC6822 BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +14.50.



No comments:

Post a Comment